Ketengah genre sukan, ini fakta menarik drama Ratu Ten Pin

A
A
A

BAGI  memberi variasi kepada penonton setianya, Astro Ria membawakan drama bersiri Ratu Ten Pin bermula 28 Jun lalu.

Drama 16 episod itu merupakan sebuah naskhah asal yang mengetengahkan penceritaan bertemakan sukan boling terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd.

Mendapat sentuhan Azman Yahya atau lebih sinonim dengan panggilan Jinggo sebagai pengarah serta Rozse Faisal dan Chinta Adeesha selaku penulis skrip, drama ini menampilkan Elisya Sandha, Syaidatul Afifah dan Fify Azmi selaku teraju utama.

Ia turut dibintangi oleh Hazeeq Dean, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Datuk Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Esma Daniel dan Lisdawati.

Barisan pelakon dan orang penting dalam Ratu Ten Pin.

Drama Ratu Ten Pin bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Berikut merupakan 5 fakta menarik mengenai drama Ratu Ten Pin :

  1. Penggambaran drama Ratu Ten Pin mengambil masa 45 hari untuk diselesaikan di sekitar Kuala Lumpur dan Rembau.
  2. Shalin Zulkifli yang merupakan penasihat untuk drama ini turut berada di set sepanjang penggambaran berlangsung untuk memberi tunjuk ajar dan memantau barisan peserta daripada segi teknikal yang melibatkan cara bermain boling.
  3. Menerusi drama ini, pelakon Elisya Sandha yang membawakan watak Norma, seorang pemain boling kebangsaan yang handal. Namun secara realiti, Elisya sebenarnya tidak pandai bermain boling dan baru sahaja belajar bermain untuk menjayakan drama tersebut.
  4. Walaupun Jinggo dan Sheila Rusly merupakan bakal mentuanya, Elisya tidak pernah diberikan sebarang layanan istimewa dan sering ditegur sekiranya melakukan kesilapan di set.
  5. Syaidatul Afifah yang membawakan watak Sandra sebenarnya pernah menyertai skuad kebangsaan selama 11 tahun dan mengharumkan negara dan menyumbang pingat kepada negara dalam acara sukan boling.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca