Keunikan veil terapung Mas Idayu jadi tumpuan, sepanjang 15 kaki diterbangkan 18 belon

A
A
A

KEUNIKANveil atau layah sepanjang 15 kaki yang diapungkan 18 biji belon menjadi tumpuan ramai pada majlis resepsi penyanyi dangdut, Mas Idayu.

Menerusi video yang dikongsikan laman sosial Instagram @magicaevents, Mas Idayu, 50, kelihatan anggun menggayakan gaun berpotongan mermaid putih manakala suaminya, Sufian Isa memakai sut putih dengan perincian kolar berwarna hitam.

Berarak masuk ke bahagian tengah dewan yang indah dihias bertemakan dongeng dan fantasi, kehadiran mempelai menjadi tumpuan ramai.

Baca juga: Selamat disatukan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Mas Idayu kembali bergelar isteri

Kredit foto: Instagram @magicaevents

Veil penyanyi lagu Cintaku 100% itu dikatakan mengambil masa dua hari untuk diuji bagi memastikan ia berjaya diapungkan dengan 18 biji belon.

Tidak hanya itu, hiasan kepala itu juga muncul sebagai carian popular di laman sosial Facebook.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25, menzahirkan kesyukuran.

“Pada tanggal ini kau telah mengesahkan bahawa aku adalah pilihanmu. Dengan rasa rendah hati aku bersyukur pada-MU ALLAH.

“Kau melafazkan akadmu di hadapan semua, aku adalah isterimu @sufianisapws terima kasih sayangku,” titip beliau.

Baca juga: Terima tajaan RM7 juta, Mas Idayu, Sufian bakal nikah pada 16 September

Kredit foto: Instagram @magicaevents

Setelah 16 tahun bergelar ibu tunggal, Mas Idayu disatukan dengan Sufian yang bertugas Penerbit Eksekutif TV3.

Pasangan berkenaan dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan hanya dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Kredit foto: Instagram @picturesqueproduction.my

Pada majlis akad nikah, Mas Idayu menerima mas kahwin berjumlah RM1001 daripada Sufian beserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Baca juga: Jodoh depan mata, Mas Idayu kembali berumah tangga September depan

Terdahulu, penyanyi yang mesra dengan panggilan Mummy berkongsi majlis perkahwinannya mendapat tajaan mencecah RM7 juta dalam bentuk barang kemas, tajaan lokasi dan busana.

Mas Idayu yang popular sebagai tenaga pengajar dan komentator program realiti TV pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997, namun berpisah pada 2006.

Baca juga: Pernah putus cinta 18 tahun lalu, JLo akhirnya kahwini kekasih lama. “Panggil saya Jennifer Affleck”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca