PASANGAN Khareez dan Nadheera diumumkan sebagai juara Lagu Cinta Kita musim kedua pada pentas akhir program itu malam tadi.
Dengan kemenangan itu, melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, telefon pintar Samsung S20 FE 5G dan memiliki sebuah single lagu duet dan video muzik.
Tempat keeempat menjadi milik pasangan Kael & Evie, mereka membawa pulang wang tunai berjumlah Rm 15,000. Manakala Pasangan Adly & Darling terpaksa berpuas hati ditempat kelima dan menerima wang tunai berjumlah RM10, 000.
Kesemua finalis turut menerima hadiah hamper produk Nivea Hokkaido Rose dan Nivea For Men.
Pada persembahan minggu terakhir, kesemua pasangan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu dan persembahan mereka dinilai oleh juri tetap iaitu Ajai, Mas Idayu dan dan Hael Hussaini. Manakala, Rozita Che Wan hadir sebagai panel Cinta untuk episod kali ini.
Juri memberi 70 peratus daripada markah keseluruhan, sementara baki 30 peratus markah mereka diperoleh daripada undian penonton melalui www.xtra.com.my/lck2.
Bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Lagu Cinta Kita 2 dikendalikan pengacara Azwan Ali dan Elly Mazlein.