Kim Kardashian sekali lagi curi perhatian, tampil dengan fesyen pelik ‘tanpa wajah’

A
A
A

BINTANG televisyen sensasi Hollywood, Kim Kardashian sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil  dengan fesyen menutup seluruh tubuh dan muka di acara Met Gala 2021.

Kim, 41, tampil solo di karpet merah dengan penampilan Balenciaga hitam menutup wajahnya, memakai kasut tumit tinggi dan rambutnya diikat gaya ekor kuda.

Penampilan Kim ini menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pengkritik fesyen seluruh dunia.

Kim tampil dengan imej sama dalam tempoh sebulan.

Terdahulu, Kim menarik perhatian ramai ketika tiba di bandar New York pada Isnin dengan mengenakan bodysuit berserta jaket kulit berwarna hitam, juga menutup seluruh tubuh dan wajahnya.

Menurut Daily Mail, Kim tiba bersama ibunya Kris Jenner; kakaknya, Kourtney Kardashian; dan rakan baiknya, Kris Corey Gamble.

Bagaimanapun ini bukan pertama kali Kim tampil dengan imej sebegini. Ketika pelancaran album Kanye West awal Ogos lalu, Kim juga tampil dengan busana serba hitam daripada Balenciaga sehingga disebut-sebut ramai kerana menyerupai watak dalam American Horror Stories.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca