Kini bergelar suami, Jay Iswazir pilih Azzahra sebagai teman hidup

A
A
A

PELAKON Jay Iswazir selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Azzahra Ahmad dalam majlis ijabkabul yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu lalu.

Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail, 40, dan isteri, berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto majlis pernikahan mereka di laman Instagram masing-masing.

“Syukur ke hadrat Ilahi dipermudahkan urusan pernikahan kita. Tanggal 30 Mac 2022 menjadi saksi penyatuan hati kami dan sempurna diijabkabulkan.

“Doakan yang baik-baik untuk kami ya. Terima kasih keluarga dan rakan-rakan yang membantu menyempurnakan majlis akad nikah kami. Hanya Allah yang mampu membalasnya,” tulis Azzahra.

Azzahra juga merupakan seorang pelakon dan banyak membintangi drama-drama tempatan.

Tidak pernah berahsia tentang hubungan cinta mereka, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 20 Mac yang lalu.

Berita gembira tersebut turut diraikan peminat dan rakan-rakan Jay dan Azzahra yang tampil mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buat pasangan pengantin baharu ini.

(FOTO: Instagram Jay Iswazir & Azzahra)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca