PENYANYI, Amylea Azizan, 37, selamat bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup pada tarikh yang dirahsiakan.

Pasangan itu dinikahkan wali hakim di majlis pernikahan yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan tersebut.

Dalam majlis berkenaan, Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran dan telekung serta hantaran bernilai RM8,888. Angka itu dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.

Kedua-dua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Redzuan Alias.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat.

 

Baca juga:Penyanyi Nabila Razali sudah dimiliki. Ahli perniagaan berusia 38 tahun jadi pilihan hati

Baca juga: Kecewa ramai ‘body shaming’ Amylea, Shila Amzah ingatkan netizen ‘ fikir sebelum komen’

Baca juga:  Didakwa hasil lagu inspirasi kisah sendiri, Amylea Azizan beri penjelasan

Majlis resepsi bakal berlangsung pada 27 Januari tahun depan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kendati itu menzahirkan rasa bersyukur dirinya bergelar isteri tanpa disangka kerana perkenalannya dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash begitu singkat.

“Ternyata ALLAH Maha Berkuasa. Dan dalam fikiran saya yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, kini sudah bergelar isteri. Alhamdulillah.

“Saya berkenalan dengan Ash melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu. Bila dah selesa berkawan, dia terus melamar saya.

“Selepas mengamalkan beberapa doa dan solat istikharah, ada petanda baik yang berlaku. Kemudian dia terus berjumpa dengan keluarga saya. Alhamdulillah, saya tak pernah setenang ini sejak Ash hadir dalam hidup saya,” katanya.

Ash pula menyifatkan Amylea seorang wanita bijak dan serba serbi tahu mengenai segala perkara, membuatkan dirinya tertarik pada penyanyi itu.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini mereka terpaksa melalui kehidupan jarak jauh kerana tugasannya sebagai pegawai bomba di Singapura.

Iklan

“Mujur Amylea faham dengan situasi ini dan kami sedang mencari jalan macam mana nak duduk sekali. Perkara ini berlaku terlalu pantas.

“Saya juga tidak sangka perkenalan singkat ini diakhiri dengan penyatuan cinta yang indah. Maka, tengoklah macam mana nanti, just go with the flow,” tuturnya.

Sementara itu, bersempena dengan perkahwinan itu, Amylea turut tampil dengan single lagu terbaharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran didedikasikan khas buat suaminya.

Menurut Amylea, lagu tersebut dicipta sebagai tanda cinta mereka yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengar oleh anak cucu satu hari nanti.

“Lagu ini berkisarkan kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). Pangeran pula sebagai tanda Ash, orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi.

Iklan

“Ash meminati perkara-perkara tradisional dan saya gabungkan citarasa kami dengan menghasilkan lagu ini dalam genre keroncong moden,” ujarnya.

Panji Putih Buat Pangeran akan dilancarkan pada penghujung Disember nanti dan peminat boleh mula mendengar ‘teaser’ di media sosial penyanyi itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.