Kisah influencer kejar content jadi taruhan dalam Hantu Ke Lima

Untitled design (2)
Untitled design (2)
A
A
A

BAGI terus memberi hiburan menerusi pawagam dari rumah, Astro First membawakan sebuah filem komedi seram, Hantu Ke Lima.

Bakal menemui penonton bermula 7 Oktober ini, filem pertama oleh produksi AT Movies itu membariskan gandingan pelakon popular seperti Raysha Rizrose, Aisar Khaled, Izzue Islam, Shiha Zikir, Elly Mazlein, PU Azman, Adibah Noor, Danish Danieal dan Azman Ahmad.

Filem komedi seram arahan Azhari Zain itu mengangkat kisah pempengaruh (influencer) dalam mengejar kandungan yang sangat popular dalam masyarakat pada ketika ini.

Hantu Ke Lima mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.

Dalam masa sama, Auni berusaha untuk mempertahankan harta peninggalan bapanya, Puncak Mahligai, yang menyimpan 1001 misteri, namun mempunyai banyak kenangan manis buatnya.

Namun kerana tamak, Puan Sri Zaleha telah bekerjasama dengan TKO Studio yang diusahakan oleh Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) bagi mempromosikan Puncak Mahligai.

Berjayakah Puan Sri Zaleha menjual Puncak Mahligai? Apakah nasib Auni? Saksikan filem Hantu Ke Lima di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 7 Oktober.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca