Kita boleh buat duit tanpa mengaibkan diri - Siti Sarah

Siti Sarah
Siti Sarah
A
A
A

PENYANYI Siti Sarah menegur sikap segelintir ahli peniagaan yang sanggup memalukan diri sendiri demi gimik untuk melariskan produk dijual.

Menerusi laman Instagramnya hari ini, penyanyi lagu Semakin itu meluahkan rasa kesal apabila semakin ramai peniaga yang terikut-ikut dengan gaya pemasaran tersebut.

“Apa yang saya nak cakap ini mungkin akan menyakitkan hati beberapa pihak, tapi sebagai seorang wanita, Melayu dan Islam, saya harus bercakap fasal benda ni.

“Saya rasa ramai orang yang nak berniaga, terikut-ikut dengan cara ahli perniagaan  luar sehingga ada yang sanggup menggoncangkan buah dada, mengenakan pakaian separuh bogel dan sampai sanggup menjatuhkan air muka.

“Sebagai seorang Islam, ada banyak lagi cara untuk buat duit. Insya-ALLAH kita boleh buat duit tanpa mengaibkan diri dan tanpa perlu buat benda yang boleh menjatuhkan maruah kita,” luahnya kesal.

https://www.instagram.com/tv/CD28IQTlrtU/?utm_source=ig_web_copy_link

Menurut Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu, biarpun dia juga tidak sempurna, namun  tidak pernah terlintas untuk menggunakan pendekatan sebegitu untuk melariskan jualan.

“Dalam dunia ini tak ada orang yang tak buat silap. Saya sendiri tak sesempurna mana sebab diri sendiri pun pernah seksi dan jahil, tapi tak sampai sanggup jual ‘barang’ untuk meniaga. Tergoncang, melompat dan ada yang beraksi atas katil untuk ambil gambar.

“Makin lama makin ramai (mengambil pendekatan sama). Yang pompuan dah sama naik, tak tahu dah yang mana lelaki, yang mana perempuan,” katanya.

Dalam perkongsian yang sama, Sarah juga mangakui mula meluat dengan pendekatan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.

“Saya faham, anda kuat dan dan tidak ada seorang pun yang mampu menjatuhkan anda, kerana mungkin ada yang menjaga. Disebabkan itulah makin lama, makin menjadi.

“Ingat anda saja dalam Malaysia ini yang buat duit? Saya sendiri dah naik menyampah.

“Bagi saya tak perlu nak melompat, goncang-goncang, terkinja-kinja atau tunjuk, kulit pun boleh buat duit banyak,” tegasnya.

 

(FOTO: Instagram Siti Sarah)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca