PERSENGKETAAN antara rakan selebriti sememangnya bukan satu perkara baharu, tetapi ia semakin terbuka dengan kewujudan media sosial.

Bagaimanapun, bagi penyanyi dan pelakon, Zarul Husin, perbalahan itu boleh dihentikan sekiranya individu itu memilih untuk tidak berdendam dengan sesiapa.

“Setakat ini, saya tak pernah bergaduh dengan mana-mana artis. Saya jenis tak rapat dengan mana-mana artis pun tapi berkawan dengan semua.

“Konsep hidup saya, orang baik taik, kita bagi bunga. Saya tak suka berdendam dengan sesiapa.

“Kita tak lama (hidup) kat dunia, dendam nak bawa pergi mana?

“Saya perhatikan juga (pergaduhan sesama artis) dan kesal dengan isu sebegini. Bila kita buat keputusan masa tengah marah, memang akan ada kesannya.

“Sebagai orang lama, nasihat saya kalau nak bergaduh, fikirlah. Industri kita kecil je, pusing-pusing akan jumpa juga.

Iklan

“Hidup pun tak lama, jadi lebih elok memaafkan antara satu sama lain,” ujar ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya, Sepenuh Hati secara maya pada Selasa.

Tambah Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 48, sebagai manusia bisasa dia juga pernah tergores hati, namun dia memilih untuk menggunakan kaedah psikologi bagi menukar sesuatu yang negatif kepada positif.

Iklan

“Sebagai manusia, kadang-kadang kita ada juga terasa hati, tetapi saya pilih untuk let go je.

“Macam itu juga dengan kecaman, kadangkala ada juga isu yang kita tak puas hati dan rasa nak berbalah. Tetapi saya pilih untuk guna kaedah psikologi dan ayat yang lebih baik,” jelasnya.