Kolaboratif nusantara Kucaimars, Suara Kayu

KUCAIRMARS SUARA KAYU
KUCAIRMARS SUARA KAYU
A
A
A

BINTANG Big Stage 2019, Kucaimars bersama­sama duo muzikal pop-folk terkenal yang berasal dari Jakarta, Suara Kayu berkolaboratif secara harmoni menerusi sebuah single baharu berjudul Obat Rindu.

Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi berkata, dia merasa teruja kerana diberi kesempatan bekerjasama dengan duo hebat dari seberang itu.

“Saya rasa seronok kerana dapat membawa konsep yang baharu melalui lagu ini. Semoga Obat Rindu memberikan nafas segar di persada muzik Malaysia,” katanya.

Single yang kedengaran easy-listening dan flirty itu disampaikan dengan cara begitu unik sekali, namun menghiburkan.

Paduan serasi antara Suara Kayu yang bersahaja dengan vokal Kucaimars yang berkarakter ternyata menghasilkan magis apabila digabungkan.

Lagu Obat Rindu yang dialunkan melalui petikan gitar akustik dengan tiupan trompet ini menceritakan tentang hubungan jarak jauh.

“Obat Rindu tentang perasaan rindu yang mendalam kerana tak bertemu dengan orang tersayang. Dalam lagu ini, ada bait-bait lirik yang menjadi penawar bagi menyembuhkan rasa rindu itu,” kata Ingrid, salah seorang duo Suara Kayu.

Kolaboratif sememangnya bukan perkara baharu bagi duo Ingrid dan Dewangga. Suara Kayu kerap melakukan bekerjasama dengan beberapa pemuzik dan content creator dalam serata bidang.

“Menariknya lagu ini, kami memilih Kucaimars yang berasal dari Malaysia. Jadi kami sempat membincangkan konsep serta idea-idea melalui mesyuarat ‘zoom’ dan proses rakaman jarak jauh.“Semoga lagu Obat Rindu menjadi peneman kepada yang sedang rindu dengan seseorang, membuat mereka tersenyum dan tertawa walaupun sedang sakit menahan rindu. Untuk yang masih ‘single’ atau sedang mencari, boleh juga menikmatinya,” ujar Dewangga.

Obat Rindu sudah dilancarkan di semua aplikasi penstriman muzik dan saluran YouTube Suara Kayu Official.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca