SELAMAT pengantin baharu diucapkan kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang selamat mendirikan rumah tangganya semalam.

Status Syasya yang terdahulu menjadi teka-teki akhirnya terjawab apabila empunya diri memuat naik foto bersama suami dalam persalinan serba putih.

Berkongsi emoji berbentuk hati pada ruangan kapsyen, hantarannya di Instagram itu menerima lebih 40,000 tanda suka dalam masa sejam ia dimuat naik.

Hantaran berkenaan mengundang ucapan tahniah daripada warga maya yang turut menitipkan doa kebahagiaaan buat pasangan mempelai.

Lenyap sudah spekulasi yang bertebaran. Sebelum ini, beberapa keping gambar Syasya bersama suami dikongsikan Instagram Story peminat Dolla menjadi tanda tanya ramai.

Terdahulu, media melaporkan syarikat rakaman Universal Music Malaysia mendedahkan penyanyi berusia 23 tahun itu mengundurkan diri atas sebab peribadi.

Baca juga: Isu baju seksi, Dolla tampil mohon maaf

Baca juga: Umumkanlah perkahwinan, rahsiakan pertunangan

Syarikat itu juga berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada kumpulan itu.

Ujarnya, keputusan Syasya iu mengejutkan ramai namun dibuat disifatkan terlalu peribadi.

“Ingin dikongsi berita gembira buat semua yang mana Syasya mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla,” katanya.

Baca juga: ‘Jika lelaki faham & sedar beratnya tanggungjawab suami’ -Dr Fadzilah Kamsah

Baca juga: Suami, mungkin ini tanggungjawab yang terlepas pandang…

Iklan

Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita pernikahan cucu kepada pelakon veteran Rozie Othman pada Sabtu lalu itu menamatkan segala spekulasi yang tersebar.

Syasya terdahulu menjadi perhatian ramai tampil berhijab menerusi video yang tular di laman sosial TikTok sejak sambutan Aidilfitri lalu.

Untuk rekod, kumpulan Dolla ditubuhkan pada 2019 mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan single pertama, DOLLA Make You Wanna yang dilancarkan pada 2020.

Kumpulan yang dahulunya dianggotai Syasya bersama Angel, Sabronzo dan Tabby itu pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Iklan

Ia yang mengeluarkan enam single solo pernah mewakili Malaysia dalam sebuah program di China berjudul Show It All yang menampilkan ahli kumpulan EXO, Lay Zhang  sebagai penerbit eksekutif.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!