PELAKON Puteri Aishah mengumumkan kehamilannya menerusi laman sosial Instagram.

Pemilik nama Puteri Aishah Sulaiman itu kini sedang bercuti di Korea Selatan memuat naik video memaparkan kandungannya yang semakin membesar.

“The butterflies he used to give me turned into tiny feet,” titipnya.

Tidak berkongsi usia kandungannya, peserta Dewi Remaja 2014/15 itu kelihatan mengusap perutnya sambil senyum ke arah kamera.

Warga maya mengucapkan tahniah buat bakal ibu ini dan berharap proses kehamilan dan kelahiran berjalan lancar. Ujar mereka:

– “Awww congrats @puteriaishahofficial.” -Elvina Mohamad

– “Congratulations guys! Happy for the both of you!” – Shalma Aina

– “Yay! Alhamdulillah congrats Puteri!” – Shima Anuar

– “Alhamdulillah tahniah adik @puteriaishahofficial.” Datin Almy Nadia

– “Tahniah Kak Puteri, semoga urusan dipermudahkan selalu aamiin!”

– “Semoga kehamilan dan kelahiran berjalan lancar, tahniah.”

Baca juga: ‘Anak rezeki yang paling besar.’ Dua kali keguguran, Uqasha Senrose kongsi berita bakal bergelar ibu

Iklan

Baca juga: Mona Allen, Pekin Ibrahim bakal timang cahaya mata kedua, Pekin Petra akan jadi abang

Baca juga: Tahniah! Zahirah MacWilson hamil anak kedua, Aiman Hakim Ridza tak sabar tunggu 2024. ‘See you number 2’

Iklan

Untuk rekod, Puteri Aishah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus Sulaiman pada 21 November 2021 selepas dua tahun perkenalan. Pasangan itu kemudian mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!