PELAKON Mona Allen dan suami, Pekin Ibrahim bakal menyambut cahaya mata kedua pada awal tahun hadapan.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 38, mengumumkan perkara tersebut di laman sosial Instagram dengan memuat naik foto yang jelas menampakkan baby bump.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur Alhamdulillah saya dan suami bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Abang Petra. Insya-ALLAH awal tahun hadapan.

“Alhamdulillah sekarang sudah masuk trimester kedua, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram,” titipnya.

Dalam pada itu, pelakon kacukan Melayu-Scotland tersebut turut memohon doa daripada warga maya.

“Masya-ALLAH tabarakallah. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya, aamiin.

“Terima kasih juga atas doa semua sahabat-sahabat, famili dan rakan Instagram yang tidak putus-putus. Sentiasa mendoakan saya dan keluarga, hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” kongsi Mona.

Baca juga: ‘Baby merdeka’, Mona Allen, Pekin sambut cahaya mata pertama 31 Ogos

Baca jua: ‘Dia Pekin sebenar.’ Pilih nama Petra Pekin buat anak sulung, Mona Allen kongsi momen bersalin

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Perkongsian Mona menerima ucapan tahniah dan titipan doa daripada warganet. Rata-rata mendoakan agar proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata kedua pelakon itu dipermudahkan.

– “Alhamdullilah tahniahhhhhhh Monaaa!”

– “Alhamdulillah, tahniah Mona. Semoga kandungan sihat & dipermudah urusan bersalin nanti.”

Iklan

– “Tahniah Mona dan suami.”

– Yeay, Petra bakal jadi abang.”

Mona dan Pekin berkahwin pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.

Iklan

Terdahulu, Mona berkongsi tentang usaha untuk hamil (trying to conceive- TTC) menerusi saluran YouTube rasminya. Usaha untuk mendapatkan cahaya mata dimulakan ketika usia perkahwinan mereka mencecah dua tahun setengah.

Antara ikhtiar yang dilakukan termasuk menjaga pemakanan, melakukan pemeriksaan kesihatan, bertemu pakar sakit puan dan mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!