Konsert Jundai Nusantara percuma untuk orang ramai
BAGI terus memeriahkan kegiatan seni sastera dan budaya, sebuah persembahan seni dan muzikalisasi puisi iaitu Konsert Jundai Nusantara bakal berlangsung di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada 4 Disember ini.
Persembahan bertemakan Generasi Figura Budaya Kreatif itu akan menghimpunkan nama-nama besar dalam kesenian sastera dan budaya, selain penggiat seni tempatan yang turut serta.
Antara yang terlibat ialah Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan; Dr. Shamsudin Othman, Datuk Dr. Mohd Radzi, Lin Haslinaz, Umar Uzair, Roslan Madun, Fauziah Ahmad Daud dan Amelina.
Persembahan Jundai Nusantara akan diiringi oleh Kombo Budaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
Konsert berdurasi satu jam setengah tersebut menampilkan persembahan yang merangkumi deklamasi puisi, nyanyian lagu puisi, tarian tradisional serta kontemporari, muzik dan sebagainya.
Acara yang diadakan bersempena Pameran Seni Antarabangsa Meraki 21 itu dianjurkan bagi merayakan sastera, seni dan budaya Malaysia secara festival dalam usaha memperkasa dan mengantarabangsakan kesenian dan kebudayaan di dalam negara.
Konsert Jundai Nusantara merupakan adalah persembahan percuma yang dihadkan kepada 500 penonton bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Konsert ini merupakan sebuah kerjasama Katarsis Seni, Universiti Perguruan Sultan Idris, Kolej Za’ba, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta PENA, Balai Seni Negara, Galeri Seni Shah Alam dan Kelab Deklamator Malaysia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang