Konsert Selusur Generasi 21, himpun seniman tersohor

Konsert Selusur Generasi 21
Konsert Selusur Generasi 21
A
A
A

DALAM usaha untuk terus meraikan seni sastera dan budaya di tanah air, sebuah persembahan seni dan muzikalisasi puisi yang dinamakan Konsert Selusur Generasi 21 bakal menemui penonton pada 10 Oktober ini.

Rakaman persembahan yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) itu akan disiarkan menerusi saluran Facebook Generasi Pameran dan YouTube Generasi 21 International Art Show, pada jam 8.30 malam.

Bertemakan Generasi Figura Budaya Kreatif, konsert tersebut berjaya menghimpunkan 21 seniman yang terdiri daripada pendeklamator puisi, penyair, penyanyi, pelakon dan pemuzik tersohor tanah air.

Antaranya ialah Prof. Dr. Lim Swee Tin, Sani Sudin, Roslan Madun, Asmidar, Umar Uzair, Lin Haslinaz, Ayudez Zuraina, Zack Kirana, Dr. Shafa’atussara, Ahmad Syukri Abdullah, Salman Al-Farisi dan ramai lagi.

Acara tersebut diadakan bagi meraikan sastera, seni dan budaya Malaysia secara festival yang dikhususkan untuk golongan generasi 21.

Konsert Selusur Generasi 21 diusahakan oleh penyanyi dan penyair Umar Uzair serta pendeklamator puisi kebangsaan, Lin Haslinaz dengan kerjasama Persatuan Penulis Nasional (PENA), Balai Seni Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Katarsis Seni, Meja Poedjangga, MaTiC, Kelab Deklamator Malaysia dan SMK Seri Keramat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca