Kontroversi cium dahi, Meerqeen mohon maaf

A
A
A

PELAKON yang semakin meningkat naik, Meerqeen memohon maaf ekoran kontroversi mencium dahi pelawak Indonesia, Kiky Saputri bulan lalu.

Menurut pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu, dia akan lebih berhati-hati dalam tindak-tanduknya selepas ini.

“Saya minta maaf atas apa yang berlaku di Jakarta. Sudah tentu saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya tahu kita berada di Malaysia, jadi saya akan hati-hati,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar drama terbaharu lakonannya, Ash & Aish pada Selasa.

Pada Ogos lalu, Meerqeen dilihat terlebih dahulu mencium dahi Kiky dan kemudiannya dibalas dengan ciuman di pipi oleh pelawak itu yang kemudiannya dimuat naik menerusi Instagram milik Kiky.

Sebelum itu, nama pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu menjadi topik hangat selepas tular video berpelukan dengan peminat wanita.

MEERQEENMeerqeen semakin dikenali selepas drama Melur Untuk Firdaus.

Ditanya adakah isu panas itu menggangu dirinya sehinggakan mengambil masa yang lama untuk bersuara, Meerqeen menafikan.

Jelas Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, dia menyerahkan selebihnya kepada pihak pengurusan.

“Ia tak mengganggu saya. Saya jenis fokus pada kerja, diri sendiri dan keluarga. Jadi, saya fikir ia tak kacau pun. Saya tahu apa saya nak.

“Apa yang berlaku di Jakarta itu pihak pengurusan saya akan menjawab. Tunggu masa sesuai. Saya minta maaf. Terima kasih,” jelasnya.

Drama Ash & Aish yang diarahkan oleh Helmi Yusof disiarkan di Slot Mega Drama saluran Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Baca Juga : Lepas berlakon, menyanyi pula; Meerqeen akui cuba nasib

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca