BINTANG cilik, Kowachee menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai juara Ceria Megastar 2020 yang disiarkan secara langsung dari Visual Three Studio, Seri Kembangan, sebentar tadi.

Kemenangan itu melayakkan Kowachee, 11, membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000, baucar bernilai RM1,000 tajaan Legoland, pingat ‘Star of the Week’ dan sebuah trofi.

Anak kelahiran Selangor ini pernah dua kali memenangi pingat ‘Star of the Week’ iaitu pada minggu keenam dan ketujuh.

Kowachee yang sebelum ini pernah tersingkir pada minggu kelima dan diserap masuk semula, tampil dengan persembahan tarian bertenaga diiringi lagu Tokyo Drift dan Dhoom.

Sementara itu, pencabar terdekat Kowachee, Nana diumumkan sebagai naib juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM15,000 dan sebuah trofi.

Adinda pula memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000 dan sebuah trofi. Manakala Ija terpaksa berpuas hati di tempat keempat dan turut menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.

Persembahan para peserta dinilai oleh juri tetap Ernie Zakri dan Zizan Razak bersama juri jemputan, Datuk AC Mizal yang mewakili 60 peratus markah dan baki 40 peratus dari undian peminat.

Persembahan empat finalis ini turut disaksikan penasihat persembahan iaitu Datuk Syafinaz, Alam Wakaka, dan Chubb-E. Manakala  Nabil Ahmad bertindak selaku hos.

Iklan

Bersiaran selama lapan minggu, Ceria Megastar disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Siaran secara serentak juga akan dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Iklan

https://www.instagram.com/p/CCyWx6NDXC7/?utm_source=ig_web_copy_link