Kris Wu ditahan atas tuduhan merogol

A
A
A

BEKAS anggota kumpulan EXO, Kris Wu ditangkap polis atas dakwaan merogol di Beijing, China, pada Isnin.

Penyanyi itu kini direman untuk membantu siasatan polis bermula pada 16 Ogos lalu, selepas beberapa laporan dibuat terhadapnya.

Terdahulu, Kris atau nama lengkapnya Kris Wu Yi Fan didakwa merogol seorang wanita warnanegara China berusia 30 tahun dan tular di media sosial sehingga menyebabkan penamatan beberapa kontrak tajaan bersamanya.

Bagaimanapun, Kris menyangkal segala dakwaan tersebut yang dikatakan sama sekali tidak berasas dan mengaku tidak bersalah.

Tindakan itu bagaimanapun menyebabkan lebih ramai mangsa tampil mendakwa hal sama termasuk seorang gadis bawah umur yang mengakui diperdaya Kris melakukan hubungan seks dengan menggunakan minuman keras.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Kris berhubung penahanannya ini.

Kris melakukan debut pada tahun 2012 bersama kumpulan EXO sebelum meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2014 disebabkan masalah kontrak dan kemudiannya meneruskan kerjaya seninya di China.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca