Labur RM100 juta untuk 12 buah filem, produksi ini bukti bukan cakap kosong

A
A
A

BUKAN hanya impian dan kata-kata kosong, Zebra Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment telah mengumumkan perjanjian usaha sama untuk menghasilkan 12 filem dalam tempoh 24 bulan dengan anggaran kos sebanyak RM100 juta.

Secara purata RM5 juta hingga RM10 juta akan dibelanjakan untuk menghasilkan setiap filem bergantung pada keperluan produksi filem tersebut.

Penggambaran itu akan melibatkan lebih kurang 120 pelakon daripada 12 filem, manakala dianggarkan 600 hingga 800 kru akan terlibat sepanjang produksi kesemua 12 filem.

Pengasas dan Pengarah Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi berkata, pelaburan itu adalah sebahagian daripada usaha membantu pekerja belakang tabir dan menyemarakkan semula industri seni.

"Semua orang dalam industri hiburan berpeluang untuk menyertai sebahagian daripada 12 filem terutamanya pelakon baharu yang sedang mencari pengalaman dan membina kerjaya.

"Pelakon veteran dan popular juga berpeluang mengembangkan kerjaya lakonan mereka ke pasaran antarabangsa menerusi 12 filem ini.

"Sesi uji bakat akan dibuat setiap dua bulan sebelum penggambaran bermula. Pihak kami akan mengumumkan sesi itu menerusi laman sosial kami," katanya.

Perancangan 12 filem itu terdiri daripada pelbagai genre seperti komedi, aksi, drama, percintaan dan filem berkala.

CL Hor (dari kiri) bersama Saraleana dan Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim.

Pengarah Bersama Zebra Studio, CL Hor berkata, pihaknya juga akan memberi peluang kepada ramai pengarah dan pengeluar untuk bekerjasama bagi meningkatkan industri kreatif dan produksi di Malaysia.

"Mereka turut berpeluang mengembangkan kreativiti kepada penonton antarabangsa melalui 12 filem ini.

"Projek ini  memberi ruang untuk membantu para pelakon tanpa mengira bangsa dan turut menyatukan semua orang dalam industri hiburan bersama-sama," jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca