Lagu Kesetiaan kembali jadi sebutan, duduki carta pertama dua minggu berturut-turut

Untitled design (40)
Untitled design (40)
A
A
A

SINGLE pertama nyanyian Allahyarham Siti Sarah iaitu Kesetiaan kembali menjadi pilihan ramai dan menduduki carta pertama Lagu Strim Paling Tinggi di Malaysia untuk minggu ke-33.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pada Sabtu, lagu ciptaan komposer terkenal, Ajai yang dilancarkan pada tahun 2002 itu menduduki tangga pertama carta untuk dua minggu berturut-turut.

Selain lagu Kesetiaan, dua lagi lagu Sarah iaitu Saat Hilang Cintamu dan Semakin menduduki carta pada tangga keenam dan kesembilan.

Turut sama berada di carta adalah lagu duet bersama suaminya, Semakin Benci Semakin Cinta di tangga kelima.

Terdahulu, isteri kepada Shuib itu meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, (HCTM) pada 9 Ogos lalu.

Selepas enam jam ditidurkan, Sarah yang hamil lapan bulan menjalani pembedahan tanpa sedar untuk melahirkan anak keempatnya, Ayash Arfan, yang kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HCTM.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca