Lagu pilihan dimainkan di radio Suria FM 

Sinar FM
Sinar FM
A
A
A

MENERUSI kempen ‘Playlist Pilihan Di Suria’ bermula pada 11 Januari, pendengar boleh berkongsi ‘playlist’ pilihan mereka yang mengandung pelbagai genre berbahasa Melayu, Inggeris, Korea dan Hindi dan campuran lagu hit 90-an hingga terkini untuk dimainkan di radio Suria FM.

Pendengar hanya perlu berkongsi senarai lagu pilihan mereka di akaun media sosial peribadi seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok menggunakan template ‘Playlist Pilihan Di Suria’ yang boleh didapati daripada media sosial dan laman web Suria Malaysia berserta slogan “Saya memilih playlist ini kerana ………………”.

Playlist dan slogan terpilih akan dimainkan di radio Suria FM bermula 18 Januari, jam 8 pagi sehingga 22 Januari, jam 10 malam.

Playlist Pilihan Di Suria ini akan dimulakan dengan Playlist Pilihan Selebriti dimana seramai 20 orang selebriti popular akan memberikan ‘playlist’ pilihan mereka sendiri untuk dimainkan di radio.

Untuk Playlist Pilihan Selebriti yang pertama, dengarkan ‘playlist’ pilihan Dato Seri Siti Nurhaliza sempena ulang tahun kelahirannya pada 11 Januari, jam 8 pagi menerusi segmen Team Pagi Suria.

Diikuti ‘playlist’ pilihan daripada selebriti seperti Azzam Sham, Naim Daniel dan Misha Omar di segmen berikutnya Gaya Suria (10 pagi), Suria Petang (6 petang) dan Suria Cinta (10 malam).

Tidak ketinggalan selebriti lain yang turut berkongsi ‘playlist’ pilihan mereka adalah Nabila Razali, Syamel, Erni Zakrie, Wany Hasrita, Aina Abdul, Iman Troye, Ara Johari, Andi Bernadee, Sufian Suhaimi dan ramai lagi.

Dengarkan Suria menerusi frekuensi di kawasan anda atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia untuk mengetahui ‘playlist’ selebriti manakah yang menepati citarasa ‘playlist’ anda.

Dapatkan cara-cara serta terma dan syarat penyertaan di media sosial Suria Malaysia dan laman web Suria.my.

(FOTO: Suria FM)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca