Lagu raya Ramlah Ram kekalkan konsepkan kemelayuan

RAMLAH RAM
RAMLAH RAM
A
A
A

SETELAH sekian lama tidak menghasilkan lagu raya terbaharu, penyanyi popular Ramlah Ram kini tampil dengan single berjudul Kemenangan.

Lagu ciptaan Mohar dan lirik oleh Ismi dan Ramlah Ram sendiri itu mengetengahkan konsep kemelayuan dan mempunyai elemen lagu raya malar segar.

Ramlah, 57, mengharapkan buah tangan baharunya itu dapat menghiburkan para peminat, sekali gus menjadi lagu raya yang diterima ramai.

“Setelah sekian lama saya tak keluarkan single raya, lagu ini membuatkan saya rasa gementar. Maklumlah trend lagu sekarang cukup lain dan berbeza.

“Apa pun saya yakin lagu-lagu raya yang berkonsepkan kemelayuan begini yang akan terus malar segar dan melekat di hati pendengar setiap kali menjelang raya,” ujarnya.

Menurut Ramlah lagi, muzik video lagu Kemenangan turut dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Ramlah Ram Group beberapa hari lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada adik saya, Zoey Rahman dan Mikaseries kerana menaja pembikinan Muzik video ini bersama Bangsawan Picture. Saya sangat terharu dan tak sangka Zoey serta team sayang saya sampai macam ni.

“Saya hadiahkan lagu Kemenangan ini buat semua peminat yang menyokong saya selama ini dan diharapkan sentiasa terhibur dengan karya-karya yang saya hasilkan,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca