Laku keras, tiket Dolla Mini Showcase habis dijual dalam masa lima minit

Untitled design (67)
Untitled design (67)
A
A
A

BAK goreng pisang panas. Begitulah yang boleh disimpulkan selepas penjualan tiket Dolla Mini Showcase yang habis terjual dalam masa lima minit.

Siapa sangka, kumpulan Dolla yang baru beberapa tahun menyertai industri muzik tanah air kini sudah menjadi sebuah kumpulan yang mempunyai pengaruh yang sangat besar.

“Kami berasa sangat gembira kerana akhirnya diberi peluang membuat pertunjukan kami sendiri untuk para iDolla kami.

"Lagipun, kamilah puteri-puteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kami muncul semasa PKP dilaksanakan. Jadi peluang ini sangat berharga buat kami,” jelas Angel mewakili kumpulan Dolla.

Idea untuk membuat showcase ini pula merupakan cadangan pihak syarikat rakaman mereka, iaitu Universal Music Malaysia.

“Idea syarikat rakaman kami ini memang bagus kerana kami memang tak pernah bertemu peminat setia kami yang dikenali sebagai iDolla secara langsung.

"Gara-gara muncul sewaktu PKP, kami hanya dapat berinteraksi di alam maya. Jadi showcase ini satu peluang untuk mendekati mereka dan berinteraksi secara langsung,” ujar Syasya pula tentang persembahan ini.

Selain persembahan dalam beberapa versi lain serta mutu vokal yang dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.

“Ada banyak kejutan yang akan kami tampilkan namun kami tak mahu beritahu kerana ia tidak akan menjadi istimewa jika kami beritahu sekarang. Jadi nantikan malam showcase nanti,” jelas Tabby.

Angel yang berharap tiket persembahan habis dijual secepatnya sangat teruja mendengar khabar gembira itu.

“Kami benar-benar terkejut dan tidak menyangka tiket kami akan laku dan habis dijual begitu cepat.

"Jadi kami harap para peminat kami khasnya iDolla akan menikmati malam tersebut saat melihat kami membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali di depan mereka. Kami juga tak sabar nak berjumpa peminat kami semua,” ujar Angel menutup bicara.

Dolla Mini Showcase bakal berlangsung pada 19 Februari depan, jam 8 malam di Nero Event Space, PJPAC, 1Utama.

Tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) dan RM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca