Laku keras! Tiket konsert Anuar & Ziana Zain habis dijual

ANUAR ZAIN - ZIANA ZAIN
ANUAR ZAIN - ZIANA ZAIN
A
A
A

TIKET konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 sudah habis dijual dalam tempoh 72 jam sahaja.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh penganjur Trumpet International, sebelum dikongsikan Anuar menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah… dalam masa 72 jam, tiket sudah habis dijual. Terima kasih buat semua yang menyokong kami.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH SWT,” ujarnya.

Dalam pada itu, Trumpet International menerusi akaun Instagram mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah membeli tiket.

“Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapatkan tiket konsert! Konsert ini telah mencapai rekod sebagai salah satu konsert SOLD OUT oleh penyanyi tempatan dengan jualan tiket terjual sepenuhnya dalam masa 3 hari sahaja!

“Anuar dan Ziana Zain amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan dan menjadikan konsert ini sebagai sebuah persembahan full house! Populariti mereka sebagai penyanyi Malaysia sekali lagi terbukti,” tulis wakil syarikat berkenaan.

Sebelum ini pada hari pertama jualan tiket di buat, tiket konsert sudah 50 peratus terjual dalam masa tiga jam sahaja.

Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 akan berlangsung pada 6 Ogos depan di Plenary Hall, KLCC.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca