Lancar Tabung kasih, Sufian bantu mangsa keganasan rumah tangga

A
A
A

PRIHATIN dengan nasib yang menimpa mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 44, yang masih lagi koma sejak lebih setahun lalu, penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi menerusi syarikat miliknya, BabyPian tampil menghulurkan bantuan

dengan melancarkan Tabung Kasih.

Inisiatif berkenaan dilakukan Sufian, 31, bagi meringankan beban keluarga mangsa termasuk tabung pendidikan kepada anaknya, Eshan Nufail yang kini berusia setahun.

“Sejak berita berkenaan insiden tersebut berlaku, saya memang mengikut rapat perkembangan kes ini. Alhamdulillah, bulan lalu saya berkesempatan menziarah beliau.

“Melihat sendiri keadaannya yang terlantar tidak bermaya dan mendengar cerita daripada keluarganya, saya rasa cukup terkesan dan simpati. Kisahnya benar-benar memberi motivasi pada saya.

“Jadi saya bersama pasukan Baby Pian cuba membantu dengan memberikan sedikit sumbangan dalam bentuk barangan keperluan, wang tunai dan tabung pendidikan untuk anak beliau,” katanya.

Sufian ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih dan pelancaran produk Kasih Pillow di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya pada Selasa.

Produk Kasih Pillow yang dijayakan bersama kumpulan InTeam itu dilengkapi dengan zikir, selawat dan lagu nasyid yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu.

Kesedaran

Selaras dengan pelancaran produk terbaharunya, Pillow Kasih yang bertemakan kekeluargaan, penyanyi yang dikenali dengan lagu Di Matamu itu mengharapkan inisiatif tersebut dalam masa sama dapat memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana.

“Apa yang kami lakukan ini bukan sekadar sumbangan, tetapi dalam masa sama ingin memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu keganasan rumah tangga.

“Ingin saya tegaskan, kami bukan ambil kesempatan terhadap kes tersebut, tetapi ia adalah atas rasa tanggungjawab bersama untuk membantu.

“Saya sendiri tidak menyangka usaha ini turut mendapat sokongan daripada KPWKM. Terima kasih kerana memberi perhatian kepada isu yang kami bawa dan saya berharap kerjasama ini akan memberikan hasil yang positif buat semua,” ujarnya.

Mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah yang masih dalam keadaan koma, kini dijaga dan uruskan adiknya, Fauziah Nordin.

Terdahulu kejadian yang mengejutkan negara melibatkan Jahidah, seorang kakitangan awam yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor itudibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada Mei 2021 selepas dipercayai dicederakan suaminya.

Dia yang pada ketika itu sedang hamil enam minggu, mengalami kecederaan parah sehingga sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan. Malah selain rahang, tulang belakang serta rusuknya juga retak, disyaki dipukul.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada November 2021, bagaimanapun masih koma sehingga sekarang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca