Lebih 150 aktiviti menarik dalam kempen Best Summer Ever

May 7, 2021
Oleh Wawann Mohd

CARTOON Network menampilkan lebih daripada 150 pengembaraan di mikrosit CartoonNetworkAsia.com/BestSummerEver untuk penonton setia bermula sekarang hingga 27 Jun ini.

Seisi keluarga boleh mewujudkan zon ceria dalam keselesaan dan keselamatan di rumah mereka untuk merasai sendiri ikatan kekeluargaan yang luar biasa semasa cuti, hujung minggu dan setiap hari untuk dua bulan akan datang.

Aktiviti-aktiviti dalam kempen tersebut diletakkan di bawah lima tema iaitu bermain, muzik, pergerakan, penerokaan dan permainan.

Antaranya ialah Craft Creek bersama Looney Tunes adalah aktiviti di bawah tema bermain yang membantu melatih sisi kreatif seisi keluarga mengadun resipi, melakukan aktiviti kraf D.I.Y dan banyak lagi.

Sementara Toon Tunes Valley bersama We Bare Bears (muzik) mengajak penonton menyanyi sepuas hati, sama seperti Ice Bear! Pilih lagu Cartoon Network kegemaran, dan menyanyi bersama-sama.

 

Gymsville bersama Tom and Jerry (pergerakan) membuatkan jantung anda berdegup kencang dengan set video senaman rahsia Tom. Telatah dua watak ini tentunya memerlukan mereka untuk sentiasa cergas, Dalam masa sama, anda juga boleh menjadi sihat dan aktif seperti mereka berdua.

Manakala Toonsplorer Island (penerokaan), dihoskan oleh Teen Titans Go! pula membawa penonton ke pelbagai jenis pengembaraan. Muat turun stiker WhatsApp, hiasan latar mudah alih yang memaparkan rancangan kegemaran, menjadi hos mesyuarat melalui Zoom di gua beruang dan banyak lagi.

Diikuti Arcade Town bersama Ben 10 (permainan) menyediakan lambakan permainan. Sama seperti arked sebenar, pilih permainan kegemaran akan menyemarakkan daya saing.

Iklan

Dengan lebih 150 aktiviti, terdapat banyak pilihan untuk menjadikan golongan muda dan yang berjiwa muda sibuk sepanjang musim panas ini, termasuklah cabaran digital untuk membuka e-ganjaran eksklusif seperti hiasan latar mudah alih, stiker dan sijil yang diperibadikan.

Keluarga juga boleh memuat naik gambar atau video pengembaraan di rumah ciptaan mereka di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network untuk berpeluang melihat ia disiarkan di TV, dan memenangi hadiah hebat sambil mencipta kenangan musim panas yang terindah.

Kempen Best Summer Ever Cartoon Network juga menyajikan siri asal kegemaran ramai dan tayangan perdana selama lapan minggu.

Siri kartun Looney Tunes (baharu)

Iklan

Looney Tunes Cartoons disiarkan pada hari Jumaat, 7 Mei, jam 5.30 petang di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD). Filem animasi Space Jam: A New Legacy pula akan ditayangkan di pawagam pada hari Khamis, 15 Julai.

Ben Gen 10

Tayangan perdana pada hari Sabtu, 22 Mei, jam 11 pagi di Cartoon Network dan perkhidmatan penstriman HBO GO.

Adventure Time: Distant Lands

Episod keempat Together Again akan bersiaran pertama kali pada Sabtu, 12 Jun, jam 9 malam di Cartoon Network dan HBO GO.

Dalam pada itu, sempena tayangan istimewa Hari Raya, Astro menyajikan pelbagai program Cartoon Network paling popular bermula daripada dari 26 Mei hingga 13 Jun depan melalui On Demand dan Astro GO.

Antaranya termasuklah The Amazing World of Gumball dan Ben 10 kepada We Bare Bears, New Looney Tunes, Tom and Jerry Tales dan banyak lagi.

Seramai 100 pelanggan bertuah yang menstrim Best Summer Ever Cartoon Network istimewa akan berpeluang memenangi barangan Looney Tunes dan Tom and Jerry. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari promotions.astro.com.my.

About Wawann Mohd

Biodata Penulis