Lebih 5 dekad dalam industri, Hail Amir dikurniakan gelaran Datuk

DATUK HAIL AMIR
DATUK HAIL AMIR
A
A
A

PENYANYI dan pelakon popular era 1970an, Hail Amir dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Selasa.

Pingat tersebut dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara.

Menurut Hail Amir, 75, kurniaan tersebut adalah satu penghargaan yang cukup istimewa sepanjang hampir lima dekad bergelar anak seni.

“Saya rasa amat terharu dengan penganugerahan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih mengingati dan meminati insan bernama Hail Amir ini,” katanya kepada media.

Bintang kelahiran Pulau Pinang itu mula bergiat aktif dalam bidang seni sebagai penari kebudayaan sekitar awal tahun 1970an. Bakatnya terus menyinar apabila melebarkan bakat dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Antara filem lakonan Hail ialah Jiwa Remaja, Cinta dan Lagu, Menanti Hari Esok, Dendang Perantau, Sesejuk Air Mata Ibu, Anita Dunia Ajaib dan lain-lain.

Sementara dalam nyanyian pula, beliau cukup popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba dan Seloka Hari Raya (duet bersama Uji Rashid). Malah sepanjang penglibatannya dalam muzik, beliau telah merakamkan 12 album.

(FOTO: Bernama)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca