AKTOR K-drama popular, Lee Seung Gi mengumumkan akan berkahwin tidak lama lagi.

Pelakon drama My Girlfriend Is Gumiho dan Vagabond itu mendedahkan hasrat kepada peminat pada 7 Februari seakan meminta restu bagi meneruskan hasrat sucinya untuk berumahtangga.

Menerusi Instagram, Seung Gi berkongsi surat tulisan tangan berkongsi berita itu.

Baca juga: 18 tahun Lee Seung Gi jadi penyanyi tidak dibayar satu sen, agensi ancam dan ugut

“Helo, ini Lee Seung Gi.

“Nampaknya saya mempunyai banyak sebab untuk menulis entri panjang tahun ini. Hari ini, saya menyampaikan keputusan paling penting dalam hidup saya.

“Saya telah memutuskan untuk menghabiskan sisa hidup dengan Lee Da In yang disayangi, bukan hanya sebagai pasangan tetapi sebagai pasangan suami isteri. Saya telah melamar dan dia menerima,” luahnya.

Pelakon drama Mouse itu turut mendedahkan tarikh perkahwinannya tidak lama lagi.

Baca juga: Song Joong-ki kini suami, kahwini kekasih wanita British

“Kami akan melangsungkan perkahwinan pada 7 April. Sekarang saya mempunyai seseorang yang perlu saya jaga selama-lamanya. Saya dengan senang hati ingin menyampaikan berita ini kepada anda secara langsung.

“Dia ( Lee Da In) adalah insan yang penuh kemesraan dan kasih sayang.  Saya mahu dia kekal di sisi selama-lamanya,” titip aktor 36 tahun itu.

Iklan

Seung Gi mahu peminat menyokongnya dalam mencari kebahagiaan dengan pelakon jelita yang pernah membintangi drama Hwarang dan Alice. 

Seung Gi mula mendedahkan kepada umum hubungan cintanya dengan Lee Da In pada Mei tahun lalu.

Agensi Lee Da In, 9Ato Entertainment mendedahkan pasangan sejoli itu mula bertemu antara satu sama lain sebagai rakan sekerja dalam industri. Mereka semakin rapat kerana kerjaya lakonan dan minat dalam sukan golf.

Baca juga: Son Ye Jin selamat lahirkan anak sulung lelaki, Hyun Bin shooting di Mongolia bergegas pulang

Iklan

Sumber: Soompi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.