Lerai teka-teki, Syamsul akui sudah nikahi Ira Kazar
PENGARAH dan pelakon popular, Syamsul Yusof akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikah wanita itu.
Jelas Syamsul menerusi akaun Instagram miliknya, majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
Baca juga: Syamsul Yusof mahu saman JAWI RM10 juta
“Macam saya katakan, saya akan meletakkan titik noktah pada isu rumah tangga saya, yang tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial.
“Saya ingin maklumkan pada semua, alhamdulillah syukur saya telah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand.
“Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan," jelasnya dalam video berdurasi 4 minit itu.
Syamsul juga menegaskan, dia dan Ira baharu sahaja sah bergelar suami isteri pada hari ini dan enggan mengulas dakwaan bahawa dia sudah menikahi wanita itu lebih awal sebelum ini.
Tambah Suamsul, 39, dalam video sama, pelakon Puteri Sarah Liyana masih lagi isterinya yang sah dan turut meminta wanita itu pulang ke rumah untuk berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Baca juga: Dakwaan bakal diceraikan selepas pulang umrah tidak benar, Puteri Sarah masih masih bergelar isteri
"Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang, bawalah anak-anak kita balik.
"Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu menghebahkan atau mengaibkan saya di media sosial. Saya masih suami awak.
“Sudah-sudahlah bawa anak ke sana ke mari tanpa meminta keizinan suami. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah," katanya.
Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.
"Kepada keluarga saya, terus-terang, saya tak mahu membelakangkan sesiapa sahaja. Apa yang saya harapkan adalah doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
"Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat. Saya doakan yang terbaik.
“Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan dalam hidup," jelasnya.
Sumber: Instagram Syamsul Yusof
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang