Lia 'Kucu Kuca' bergelar isteri

LIA AZIZ
LIA AZIZ
A
A
A

PENYANYI yang popular dengan lagu Kucu Kuca, selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan yang juga gitaris kumpulan Treehill, Arash Azimi jam 9 pagi, pada Sabtu.

Lia atau nama sebenarnya Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 19, bergelar isteri hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan secara tertutup di Masjid Al Amin, Puchong.

“Kami sudah mengenali selama lebih 2 tahun sejak bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama (Rusa Music) dan telah pun mengikat tali pertunangan mereka sejak 22 Januari lalu.

“Alhamdulillah kami telah mendapat persetujuan kedua belah keluarga untuk melangsungkan perkahwinan pada hari ini,” ujar Lia.

Berkongsi tentang majlis resepsi, pasangan ini akan mengadakan majlis mereka pada hari sama yang akan dihadiri ahli keluarga terdekat secara kecil kecilan dan tertutup di Petaling Jaya berikutan prosedur SOP yang ditetapkan dalam langkah berwaspada mengikut bilangan jemputan yang sangat terhad.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca