Lima juri adili MLM2021, Sang Bara jadi perhatian

JURI MLM2021
JURI MLM2021
A
A
A

PROGRAM kegemaran ramai, Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) kembali membuka tirai dengan penuh kehangatan pada minggu pertama yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat.

Tumpuan bukan hanya kepada peserta bertanding, namun pengumuman barisan juri tetap program tersebut turut menjadi perhatian.

Kerusi panas juri tetap pada tahun ini diisi oleh Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.

Tidak hanya itu, MLM2021 tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan seorang lagi juri yang dikenali sebagai Sang Bara, juri misteri yang tidak akan didedahkan wajah dan identitinya sehingga pentas final akan datang.

Sang Bara mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan komen-komen tegas dan pedas terhadap peserta sehingga ramai penonton teruja untuk mengetahui siapa gerangan di sebalik topeng naga yang juga merupakan ikon MLM2021 itu.

Meninjau komen di laman media sosial, ramai yang meneka juri misteri tersebut ialah Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram, selain nama-nama seperti Douglas Lim dan Datuk Afdlin Shauki yang turut disebut.

Minggu pertama menyaksikan persembahan sederhana daripada 11 kumpulan bertanding yang masih mencari keserasian di pentas musim ini.

Mereka terdiri daripada kumpulan Boro yang dianggotai oleh Achey, Atu & Fad; Otai (Azlee, Ieda Moin & Acong), Cawan (Aliff Yasraf, Wan Gegau & Che Mat Raja Lawak), Tobat (Shuk Sahar, Bell Ngasri & Ropie), Tiro (Sharif, Syaiful & Danial Zaini) dan Puteh (Mamak, Vicha & Ali).

Diikuti R&R (Man & Rahim), Taici (Chiwan, Tapai & Ilham), Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik & Shashic), 3Otak (Phoon Chi Ho, Farid Azmier & Parakash Daniel) dan Orix (Achok, Yassin & Abu Mamu).

Tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama, sekali gus memberi peluang kepada semua kumpulan untuk kembali beraksi pada minggu depan.

Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, MLM2021 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (107), setiap Jumaat, jam 9 malam.

KEDUDUKAN & MARKAH PENUH MINGGU PERTAMA

  1. Boro (74.84%)
  2. Otai (66.8%)
  3. Cawan (60.15%
  4. Tobat (58.24%)
  5. Tiro (53.68%)
  6. Puteh (45.48%)
  7. R&R (43.31%)
  8. Taici (41.5%)
  9. Bahye (40.97%)
  10. 3Otak (38.27%)
  11. Orix (36.56%)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca