Lindsay Lohan pilih pegawai bank

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
A
A
A

PENYANYI dan pelakon popular, Lindsay Lohan berkongsi khabar gembira mengenai pertunangannya dengan seorang pegawai bank, Bader Shammas.

Lohan turut berkongsi fotonya bersama Shammas menerusi akaun Instagram miliknya dan menunjukkan sebentuk cincin dijarinya dengan kapsyen : “My Love, My life. My family. My future. (Cintaku, Kehidupanku. Keluargaku. Masa depanku.)".

Difahamkan pasangan ini sudah menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu melalui pertemuan pertama mereka di Festival Muzik Dubai.

Ibu Lohan, Dina turut merestui perhubungan mereka dan Shammas turut disifatkan sebagai seorang yang stabil dan berjaya.

Sebelum ini bintang utama Mean Girl itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov namun putus pada 2016.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca