Liza Hanim, 5 anak dan ibu positif Covid-19

A
A
A

PENYANYI Liza Hanim berkongsi berita duka apabila disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Tidak hanya dirinya, Liza atau nama sebenarnya Haliza hanim Abd Halim, 42, mendedahkan lima anak dan ibunya, Badariah Hanum, 74, yang tinggal bersama turut dijangkiti. Bagaimanapun, suaminya, penyanyi Shah Indigo disahkan negatif.

“Bismillahirrahmanirrahim. Yang ditakuti terjadi, saya sebahagian daripada statistik sekarang.

“Mohon doakan saya, mak saya dan kelima-lima anak saya kembali pulih daripada Covid-19.

“Alhamdulillah, kami dipilih menerima ujian ALLAH. Semoga kami kuat. Terima kasih semua,” ujarnya pada hantaran yang dikongsi menerusi laman Instagram pada malam Selasa.

Difahamkan Liza kini kehilangan deria rasa dan bau, selain batuk, selsema serta demam. Bagaimana kata Liza, ibunya tidak mengalami simpton yang teruk dan dalam keadaan baik.

Dalam hantaran berbeza, penyanyi Siapa Sangka Siapa Menduga itu turut berkongsi petikan video anak bongsunya, Mohamed Al Fateh, 2, ketika menjalani ujian saringan Covid-19.

“Luar nampak mama tabah, hati di dalam hancur berkecai bila Fateh kena buat swabtest. But he is such a brave and strong boy,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada rakan-rakan artis dan para pengikut laman Instagramnya yang rata-rata menitipkan kata-kata semangat dan doa agar Liza sekeluarga kembali sembuh.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

(FOTO & VIDEO : Instagram Liza Hanim)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca