AKTRES, Nikita Mirzani nekad membuang nama anak kandungnya Laura Meizani Nasseru Asry atau Lolly dari daftar keluarga.

Nikita atau Nikita Mirzani Mawardi, 38, berkata, Lolly secara rasmi dihapuskan nama sebagai pewaris dan tanggungan insuransnya.

“Saya dan Lolly sudah tiada lagi urusan mahupun hal berkaitan.

“Apa sahaja yang dilakukannya tanpa pengetahuan saya, ia bukan lagi tanggungjawab saya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Nikita turut menegaskan hanya mempunyai dua anak sahaja iaitu Azka dan Arka.

Akui empunya diri, selepas insiden pergaduhan antara mereka, beliau tidak mahu bertemu anaknya itu lagi.

“Saya sudah tidak lagi berkomunikasi dan bertemu dengan Lolly. Saya tiada niat untuk bertemu dengannya lagi.

“Tolong menghormati keputusan keluarga saya,” ujarnya.

Beliau juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengaitkan dirinya dengan Lolly akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Untuk Lolly dan sesiapa sahaja yang berurusan dengannya, jangan pernah lagi menyebut nama saya lagi.

“Jika masih melakukannya, saya akan mengambil tindakan tegas atau melalui undang-undang,” katanya.

Baca juga:Kecil hati perangai anak, wanita ini ubah wasiat, jadikan kucing dan anjing pewaris RM13.2 juta

Dalam pada itu, Nikita turut memuat naik dokumen bertarikh 27 Februari 2024, menyatakan nama Lolly tiada lagi dalam senarai waris hartanya.

Iklan

Remaja berusia 17 tahun itu sepatutnya mewarisi bahagian harta paling besar iaitu 40 peratus manakala dua adiknya masing-masing menerima 30 peratus.

Namun kini Nikita membahagikan hartanya secara sama rata iaitu 50 peratus kepada dua anak lelakinya.

Baca juga:Pewaris perniagaan fesyen Hong Kong meninggal semasa pembedahan payudara

‘Kedinginan’ hubungan mereka berlaku apabila si anak secara terbuka memihak kepada bekas suami ibunya iaitu Antonio Dedula selepas mereka bercerai.

Iklan

Malah, hubungan mereka semakin renggang sejak Lolly menceritakan sikap Nikita yang dikatakan terlalu mengongkong di rumah.

Untuk rekod, Lolly adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada 2006.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!