Luqman Hafidz bakal bergelar bapa

Luqman Hafidz
Luqman Hafidz
A
A
A

PELAKON Luqman Hafidz berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa apabila isterinya, kini hamil cahaya mata pertama mereka.

Perkongsian itu dibuat Luqman, 30, menerusi perkongsian di laman Instagramnya dengan memuatnaik foto terbaharu bersama isteri beberapa hari lalu.

“Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini, insya-ALLAH. Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan famili lepas pengumuman. Amin,” ujarnya.

Berita tersebut menarik perhatian rakan-rakan dan para pengikut di laman Instagrammnya yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buat keluarga pelakon filem Ola Bola itu.

Terdahulu Luqman mendirikan rumah tangga dengan isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi pada bulan Mac lalu ketika negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.

 

(FOTO: Instagram Luqman Hafidz)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca