M. Nasir positif Covid-19, kuarantin kendiri di rumah sejak Ahad

DATUK M NASIR
DATUK M NASIR
A
A
A

PENYANYI dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir disahkan positif Covid-19 pada Ahad dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.

Berita tersebut dimaklumkan isterinya, Datin Marlia Musa, sebagaimana yang dilaporkan portal berita Awani.

“Beliau (M. Nasir) buat ujian kendiri semalam sebab sepatutnya ada program di Pesta Buku Selangor.

“Apabila keputusan positif, kami ambil buat ujian PCR dan keputusan hari ini juga positif.

“Setakat ini beliau tiada apa-apa gejala dan hanya menjalani kuarantin kendiri,” katanya.

Difahamkan hanya M Nasir seorang sahaja yang positif, manakala isteri anak-anak dan pembantu rumah disahkan negatif.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca