PENYAMPAI radio Fizi Ali selamat mengakhiri zaman dudanya bersama rakan niaga, Tiz Ikha.

Bapa kepada seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia, 4, itu baru-baru ini berkongsi foto memaparkan beliau dan keluarga mengunjungi taman tema air.

“Hari ni daddy dan mama bawa anak-anak pergi waterpark. Dari pagi sampai ke malam berjalan,” kongsi Fizi.

Dalam hantaran yang sama, Fizi memuat naik dua foto memaparkan beliau sekeluarga bermain air manakala sekeping lagi menunjukkan Ameena tidur bersama kakak tirinya sambil berpegangan tangan.

Baca juga: Bermula satu perjalanan baru, Fizi Ali akhiri zaman duda

“Penat mereka bermain, tidurlah sayang. Awak berdua tidak salah, maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang,” titipnya.

Terdahulu, bekas isteri Fizi, Shakila Khoriri menjawab soalan diajukan portal hiburan tempatan. Ujarnya, Fizi telah mengambil anak daripada jagaannya untuk dibawa ke taman tema air.

Pelakon itu juga memaklumkan tidak mengetahui bekas suaminya akan melangsungkan pernikahan.

“Semalam dia ada datang rumah dan kami bersembang panjang. Berbincang fasal anak.

“Tetapi dia tak ada pula beritahu hari ini dia nak bernikah, cuma katanya ambil anak semalam untuk pergi waterpark.

“Saya tidak tahu pula aktiviti waterpark dengan anak itu berubah menjadi majlis nikah,” ujarnya.

Pelakon telefilem Selamat Hari Bapa Kak Long itu meluahkan rasa terkilan bekas suami tidak berterus terang dan menyimpang daripada tujuan asal mengambil anak untuk beriadah namun sebenarnya menghadiri akad nikah.

Pun begitu, Shakila tidak lupa menitipkan doa buat Fizi dan isteri.

“Sebagai seorang bapa kepada anak saya, sepatutnya berterus terang sahajalah. Saya tiada isu dia hendak berkahwin. Tidak tahu nak cakap apa, apabila orang tanya bapa Ameena nikah, saya tidak tahu dan terpinga-pinga.

“Saya tidak mendapat info itu daripada dia. Ada juga bertanya fasal bila hendak nikah dan dia jawab soon. Hari ini dia nikah.

Baca juga: Faezah Elai sanggup perlahankan kerjaya demi anak-anak. Tiada istilah diskriminasi dengan anak tiri!

Iklan

“Entahlah, fikirlah sendiri. Daripada ambil anak nak bawa ke waterpark jadi majlis nikah. Saya pun tidak diberitahu dia nikah, tiada apa-apa ucapan.

“Saya tak boleh cakap lebih-lebih, nanti orang kata tak boleh move on. Doalah yang baik-baik untuknya dan pasangan. Semoga dia tenang, berbahagia dan tiada apa-apa isu lagi.

Fizi dan Shakilla Khoriri mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

Mereka dikurniakan dengan kehadiran Nurul Ameena Sofia pada tahun 2019.

Iklan

Baca juga: Let’s move on – Shakilla Khoriri

Sumber: Instagram Fizi Ali, TikTok Shakila Khoriri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!