ANNIVERSARY atau ulang tahun perkahwinan adalah tarikh yang bermakna bagi setiap pasangan suami isteri.

Kebanyakan daripada kita meraikan dengan majlis sambutan bersama keluarga.

Namun lain pula bagi pelakon Lisdawati yang mengambil peluang untuk bersanding buat kali kedua bersama suami, Fauzi Nawawi.

Sempena ulang tahun perkahwinan ke-15, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati binti Nazaruddin yang genap berusia 44 tahun pada 15 Disember mengabadikan momen istimewa.

Baca juga: Ingatkan diri kematian semakin dekat, Lisdawati elak berdendam

“Kenangan terindah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

“Ini sahaja yg dapat kami simpan untuk cucu cicit.Terima kasih semua yang hadir ke majlis ringkas kami,” titipnya menerusi laman sosial Instagram.

Lisdawati dan suami memakai dua persalin indah iaitu sepasang kebaya moden berwarna biru pastel manakala untuk bersanding KL Menjerit itu memilih sepasang kebaya songket berona putih.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menitipkan ucapan dan mendoakan Lisdawati serta suami berbahagia sehingga ke syurga. Tidak kurang yang memuji kecantikan Lisdawati.

Baca juga: Anak sulung selamat nikah, Fauzi Nawawi dan Lisdawati terima menantu

– “Selamat ulang tahun abang dan kakak, moga kekal hingga ke jannah.”

– “Happy anniversary, moga kekal ke syurga. Amiin.”

Iklan

– “Cantik!. Happy anniversary dan selamat hari lahir Kak Lis dan Abang Fauzi .”

– “Betul-betul seperti pengantin baru, moga kekal bahagia ke jannah-NYA.”

Lisdawati berkahwin dengan Fauzi Nawawi pada 9 September 2007. Hasil perkongsian hidup, rumah tangga mereka diserikan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14, Nur Aina Fazneesya,13, Ahmad Nur Fyrdaus, 8, dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.

Sumber: lisdawati15

Iklan

Baca juga: Pencipta Pegang Waktu, Drama Terbaik ASA2022

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.