MAFE rayu pawagam dibuka semula

MAFE - PAWAGAM
MAFE - PAWAGAM
A
A
A

PERSATUAN Pemamer Filem Malaysia (MAFE) merayu pihak kerajaan mempertimbangkan permohonan untuk membenarkan pawagam dibuka semula selepas ditutup sejak lebih setahun lalu.

Memandangkan aktiviti makan di kedai, sukan, rekreasi dan riadah yang tidak melibatkan kontak fizikal kini dibenarkan untuk individu telah divaksin sepenuhnya di kawasan-kawasan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), MAFE mengharapkan kelonggaran sama turut diberikan kepada pawagam untuk kembali beroperasi.

Menurut setiausaha MAFE, Sisubalan Ehambaram, pawagam sering menjadi antara perniagaan pertama diarah tutup dan terakhir dibuka semula, walaupun tiada kes jangkitan dikesan membabitkan pawagam.

“Dalam satu soal selidik yang dilakukan oleh Cinema Online baru-baru ini, lebih daripada 80 peratus penonton menyatakan bahawa pawagam membantu mengurangkan tekanan dan keresahan.

“Kami yakin pawagam selamat untuk dibuka kembali kepada penonton yang telah divaksin sepenuhnya.

“Apatah lagi kami akan meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada di pawagam seperti mewajibkan pemakaian pelitup muka dan tidak membenarkan kontak fizikal dengan menjarakkan tempat duduk ketika dalam panggung,” katanya yang mengakui industri pawagam kini dalam keadaan sangat tenat akibat penutupan operasi.

Tambahnya lagi, MAFE juga akan melaksanakan SOP yang selaras dengan langkah-langkah diambil oleh pengusaha pawagam di luar negara.

Antaranya seperti kebenaran masuk untuk penonton yang telah divaksin sepenuhnya dengan bukti sijil digital vaksinasi Covid-19 dan pembelian tanpa kontak untuk tiket wayang, makanan serta minuman.

Selain itu, hanya kakitangan telah divaksin sepenuhnya dibenarkan bertugas dan memastikan mereka sentiasa lengkap dengan pemakaian dua lapis pelitup muka dan pelindung muka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca