Malaysia Live! siri konsert atas talian hiburkan peminat dengan cara berbeza

Konsert Malaysia Live!
Konsert Malaysia Live!
A
A
A

PAM Shahril dan Shahril Razak dari Gabung Cipta bersama pengarah muzik, Datuk Acis dan penerbit konsert, Jennifer Thompson bakal menganjurkan konsert Malaysia Live! dalam usaha mengekalkan dan memulakan acara konsert secara langsung atas talian.

Penganjurannya bukan hanya hanya untuk kelangsungan kerjaya barisan artis tanahair, tetapi juga untuk penggiat belakang tabir yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Siri konsert itu juga mendapat sokongan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang memberi tumpuan penting untuk membantu pengiat dan perniagaan industri kreatif yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Malaysia Live! bertujuan untuk umenghiburkan peminat muzik tanahair dengan membawa keterujaan konsert live walaupun ia diadakan secara maya.

Konsert tersebut telah dirakam secara langsung tanpa penoton di KL Live @ Life Centre dengan diiringi barisan pemuzik tersohor yang terdiri daripada Acis, Fendi Mokhtar, Jenny Chin, Rozhan Rahman, Wan Gigi, Jamie Wilson, Steve Thornton serta penyanyi latar Yuaz Bahtiar Kassim, Eja Muhd. Nor dan Juanita Ismail.

Episod pertama konsert itu boleh ditonton menerusi saluran YouTube Malaysia Live! pada 22 Januari depan, jam 9 malam. Antara artis yang terlibat ialah Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, Dolla, Hael Husiani, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii dan Zynakal.

Manakala episod kedua pula pada 29 Januari, jam 9 malam bersama artis-artis seperti Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Datuk M. Nasir, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju dan Zizi Kirana.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca