Mamat didakwa miliki & ambil dadah di mahkamah, peminat titip doa 'kembali ke pangkal jalan'

A
A
A

BEKAS vokalis kumpulan Exists, Mamat menjadi perhatian warga maya susulan kes melibatkan najis dadah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu dan Langkah Seiringan itu didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.

Mamat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Fatimah Zahari dan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa memberi kepada diri sendiri dadah Methamphetamine kira-kira 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara.

Baca juga: Derita bipolar, penyanyi Yasin Sulaiman sah tidak waras semasa kejadian kes dadah, berikut tanda-tandanya

Baca juga: Warganet bengang, pemuda tergamak belasah bapa tiri tak dapat duit beli dadah

Baca juga: Tak boleh tanya soal sewa rumah, isteri nyaris dipukul suami gara-gara ketagih ketum

Beliau juga mempunyai kesalahan berulang memberikan dadah kepada diri sendiri pada tahun 2016 dan 2018.

Sayu menyaksikan penyanyi pujaan ramai satu ketika dahulu terkait dengan kes dadah, warga maya rata-rata mendoakan agar Mamat kembali ke pangkal jalan.

- "Semoga ALLAH memberikan hidayah untuk Mamat supaya kembali ke pangkal jalan."

- "Semoga Mamat selamat mengharungi kehidupan ini."

- "Semoga Abang Mamat kembali ke pangkal jalan. Doa yang baik-baik untuknya, terima kasih menghiburkan kami suatu masa dulu."

- "Semoga Abang Mamat kembali ke pangkal jalan. Doa yang baik-baik."

- " Semoga ALLAH beri beliau kekuatan jiwa, berat ujian dia."

Baca juga: Sesak nafas, pening, anak perempuan 11 tahun disyaki termakan biskut ganja bapa

Baca juga: Silap kenal pasti teh sebagai dadah, Polis Australia tersalah penjara dua wanita Malaysia 4 bulan

Bakal jalani rawatan piskatri, Namat mohon doa peminat

Wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak melaporkan Mamat akan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Psikiatri Permai, Johor Bahru.

Dalam pada itu, beliau berharap peminat mendoakan dirinya berkaitan situasi yang sedang dihadapi.

"Alhamdulillah, sekarang ni saya tengah hadapi kes 39C (Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952). Selain itu saya juga perlu dihantar ke Pusat Psikiatri untuk mendapatkan rawatan lanjut bermula hari ini.

"Semoga semua peminat dapat beri sokongan yang lebih baik untuk saya agar boleh teruskan dalam aktiviti seni selepas ini, terima kasih," katanya.

Dalam pada itu, peguamnya, Azlina Abdul Aziz berkata, anak guamnya didakwa atas kesalahan lama iaitu pada 2019.

"Mamat ditahan bersama-sama seorang rakan pada jam 2 pagi di Taman Perling, 7 Januari lalu.

"Polis menjalankan pemeriksaan rutin dan mendapati tiada sebarang bahan terlarang dalam milikannya, malahan ujian urin yang dibuat juga negatif.

"Tetapi semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis mendapati Mamat berada dalam senarai dikehendaki atas kesalahan dadah pada tahun 2019, menyebabkan dia ditahan," jelasnya.

Katanya lagi, Mamat akan dibawa untuk mendapatkan rawatan psikiatri selepas menghidap penyakit mental sejak 10 tahun lalu.

"Sepanjang tempoh itu beliau (Mamat) memang ada makan ubat dan mengambil suntikan.

"Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari depan. Saya percaya Mamat boleh berubah, kita tahu dia banyak kes tetapi saya percaya kepada peluang kedua," ujarnya.

Beliau berkata, kes tersebut sebelum ini tidak diteruskan selepas Mamat diberikan jaminan polis dan pada masa sama pegawai penyiasat terbabit mengalami kemalangan dan tidak lagi berkhidmat dengan polis.

7 info dadah stimulan

Ganja bukan sahaja buat ketagih, ini kesan sampingan menakutkan

1-Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat berbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

2-Syabu, pil kuda dan ecstasy adalah dadah dari kumpulan stimulan yang merangsang.

3-Ia juga dikategorikan sebagai dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan kimia.

4-Kesan buruk dadah jenis ini ialah ia boleh menjejaskan sistem pusat saraf.

5-Mereka yang mengambil dadah stimulan biasanya menjadi bertenaga, bercakap banyak dan terlebih aktif malah boleh berjaga malam selama berhari-hari.

6-Keadaan ini boleh disertai dengan gejala psikosis yang menyebabkan mereka menjadi tidak rasional seperti pesakit mental sehingga ada kalanya bertindak agresif.

7-Kesan jangka panjang penggunaan ialah sukar untuk tidur, tertekan, tekanan darah meningkat, denyutan jantung tidak teratur, insomnia, kerosakan buah pinggang dan organ hati, kerosakan otak, khayalan, hidup tidak teratur, perubahan tingkah laku dan fizikal kurus.

Banyaknya keburukan dadah ini kepada penagih, bukan hanya kepada fizikal namun boleh menjejaskan kesihatan mental. Sama-samalah kita menjauhinya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca