Mamat Khalid meninggal dunia

Untitled design (66)
Untitled design (66)
A
A
A

PENGARAH dan penerbit tersohor, Mamat Khalid, 58, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam, pada Ahad.

Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, Allahyarham telah jatuh pengsan ketika itu berada di restoran miliknya, Sarang Art Hub Tanjung Malim dan dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

"Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Maklumat awal yang Seniman perolehi, jenazah akan dikebumikan di Ipoh pada Ahad," ujarnya.

Berita pemergian adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Lat itu mula dikongsi ramai penggiat seni sejak jam 1 pagi tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan filem pecah panggung seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock dan Hantu Kak Limah meninggal seorang balu, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca