Mamat masih dipantau AADK, ikuti program masyarakat

Untitled design (54)
Untitled design (54)
A
A
A

PENYANYI kumpulan Exists, Mamat mendedahkan dia kini berada dalam pemantauan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor Bahru setelah terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada 2019.

Jelas Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 43, dia perlu melaporkan diri kepada agensi terbabit dan mengikuti aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan selama dua tahun.

“Bermula awal tahun ni saya perlu melaporkan sebarang pergerakan termasuk urusan kerja di luar negeri  kepada AADK Johor.

“Bergantung kepada permintaan agensi, adakala saya perlu melapor diri sekali atau lebih dalam tempoh sebulan.

“Kalau nak keluar atau urusan kerja pun, saya perlu maklumkan pergerakan kepada mereka terlebih dahulu.

“Selain itu saya juga perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan agensi.

“Saya tiada masalah untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan kerana ini demi kebaikan saya,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran album live Exists Reunion di Kuala Lumpur Convention, pada Rabu.

Bakal terlibat sama dengan konsert jelajah bersama Exists, Mamat berkata, dia tidak ada masalah untuk memberikan komitmen.

Dalam masa sama, Mamat juga kini menguruskan perniagaan berasaskan makanan di Johor dan sering berulang-alik ke Kuala Lumpur.

“Saya tiada masalah untuk berulang-alik kerana kerja sebab sebelum ini pun saya sering berulang-alik antara Johor dan Kuala Lumpur kerana uruskan perniagaan,” jelasnya.

Exists dijangka mengadakan konsert jelajah bermula di Singapura dan melabuhkan tirainya di Istana Budaya pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Selain itu, Exist juga sedang merancang untuk mengadakan konsert jelajah tersebut seterusnya di Indonesia di samping kumpulan Padi.

Sementara itu, ditanya mengenai desas-desus dia bakal menamatkan zaman duda dalam masa terdekat, Mamat bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

“Tiada komen,” katanya.

Pada 8 September 2019, Mamat ditahan bersama seorang rakan di Taman Perling kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Selepas menjayakan konsert Exists Reunion di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September lalu, dia menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca