Marsya Masyitah penuhi impian rakam single solo Mandarin

Masya Masyitah
Masya Masyitah
A
A
A

AKHIRNYA impian Masya Masyitah untuk merakamkan lagu Mandarin secara solo menjadi kenyataan dengan pelancaran single terbaharunya yang berjudul Jiu Meng Xin Su.

Masya atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah Yusoff, 21, mengakui begitu teruja apabila dapat tampil dengan single solo tersebut, sekali gus membuktikan keseriusannya dalam mempelbagaikan bakat nyanyian.

Sebelum ini, artis yang bernaung di bawah label Rocketfuel Entertainment itu pernah merakamkan lagu Mandarin pertama, Zuo Jian, namun ia merupakan single duet bersama penyanyi Jeryl Lee.

“Apabila boleh berbahasa Mandarin dan menyanyikan lagu dalam bahasa itu, secara tidak langsung teringin nak ada lagu solo sendiri. Akhirnya ia jadi kenyataan menerusi Jiu Meng Xin Su.

“Lagu ini sebenarnya sudah lama saya dapat dan dengari. Cuma hanya berjaya merakamkannya pada November tahun lalu di sebuah studio di Petaling Jaya.

“Tak sangka ia akhirnya dilancarkan juga secara rasmi pada 25 Jun baru-baru ini. Sementara muzik videonya pula sudah disiapkan pada Mac lalu di sekitar  Bukit Jalil,” ujar bekas juara program Ceria Popstar musim kedua pada 2014 itu lagi.

Berkongsi lebih lanjut mengenai lagu ciptaan Kai Kai dan diterbitkan Peng Chu itu, Masya yang fasih berbahasa Mandarin sejak di bangku sekolah menengah, mengharapkan agar ia dapat diterima ramai.

“Lagu bergenre slow rock ini mengisahkan percintaan sepasang kekasih yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan masing masing, namun akhirnya berpisah dengan pengakhiran menyayat hati.

“Bagaimanapun ia bukanlah kisah saya. Ia mungkin hanya imaginasi atau pengalaman yang diketahui komposer lagu ini,” katanya yang sebelum ini dikenali dengan lagu Halimunan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca