KEPUTUSAN membuka hijab dalam selebriti dan pempengaruh media sosial kini seolah fenomena. Masing-masing memberikan pelbagai alasan ‘buka tudung’ dan tampil dengan gaya sendiri. Pelakon, Nookhiriah berasa terpanggil untuk menyampaikan pesan dan menasihati agar trend tersebut tidak menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

Tidak hanya ituu, Pelakon TV Komedi Terbaik (Telefilem), Anugerah Seri Angkasa 2022 itu juga menzahirkan rasa sedih.

“Assalamualaikum, bukan tugas akak untuk menilai. Akak pun jahil lagi cuma itulah, di zaman media sosial ini semua orang berlumba untuk cantik.

“Nak jadi macam yang itu, yang ini. Sebolehnya hati kena kental dik. Kalau tidak, kita tidak akan bersyukur dengan apa yang ada. Sedih juga sebenarnya apabila melihat semakin ramai yang membuka tudung, tetapi itu pilihan masing-masing.

“Akak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu. Tak ada apa yang hendak ‘dikepuk-kepukkan’ lagi,” titip pemilik nama Noorkhiriah Mohd Shapie.

Baca juga: [VIDEO]Percuma! Khiriah sedia khidmat mandi, kafan, solat jenazah hingga urusan di tanah kubur

Tidak berniat untuk melukakan hati, namun pelakon berusia 44 tahun itu berharap wanita tidak terleka dengan perhiasan dunia dan berdoa agar hidayah memakai tudung dengan sempurna kembali.

“Cuma pesan akak, bila sudah puas ‘kepuk-kepukkan’ cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah yang pernah diberi dulu.

“Sebab tidak semua dicampakkan (hidayah) oleh ALLAH,” ujarnya.

Dalam pada itu. Noorkhiriah menegaskan bahawa hantaran tersebut hanyalah satu peringatan ikhlas untuk semua dan dirinya sendiri.

“Maaf andai tulisan akak mengguris tetapi akak sebagai saudara sesama Islam, menjadi tanggungjawab supaya apabila ditanya ALLAH nanti.

“Sekurang-kurangnya ALLAH tahu akak dah pesan di sini. Maaf sekali lagi yer,” ujarnya.

Baca juga: ‘Bidang 45 pun cukup.’ Suami malu isteri pakai tudung labuh, ini 10 tip gayakan hijab ikut syarak

 Perkongsian Noorkhiriah menerima reaksi positif warganet.

Rata-rata menyokong pendapat beliau dan mendoakan agar perkara tersebut tidak menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

– “Demi masa sesungguhnya manusia tu di dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan untuk kebenaran dan kebaikan. Well said @khiriah17.”

– “Terima kasih kak atas teguran. Memang sedih bila ada yang mempersendakan tudung yang dari kecil kita tahu wajib dipakai untuk menutup aurat. Ia bukan pilihan.”

– “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama MU.”

Iklan

– “Menutup aurat itu wajib, bukan pilihan, ia tuntutan agama. Berhijab dan menutup aurat dengan sebenarnya. Tapi sedih zaman sekarang ramai jadikan hijab atau menutup aurat sebagai fesyen. Penyudahnya iman dipersalahkan, atas alasan nak jadi diri sendiri dan tak bersedia. Allahuakbar, ajal maut tidak lewat sesaat pun.”

Baca juga: “Elak kongsi gambar Adibah Noor yang tidak tutup aurat” – PU Riz

Noorkhiriah juga merupakan aktivis masyarakat yang menyediakan perkhidmatan van jenazah secara percuma.

Pertubuhan Amal Nur By Khiriah bersama suaminya, Azfaizul Ahtan.

Iklan

Bukan itu sahaja, Pertubuhan Amal Nur By Khiriah menguruskan proses memandikan, kafan, solat jenazah sehinggalah ke tanah perkuburan tanpa sebarang caj.

Sumber: Instagram Noorkhiriah

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang