“Memang berdarah banyak, kami tengok pun rasa nak pitam” – Ezad Lazim panik anak cedera bergaduh

EZAD LAZIM
EZAD LAZIM
A
A
A

PENYANYI Ezad lazim berdepan detik cemas apabila anak keduanya, Putera Muhammad Darwish, 6, dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di kepala, pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 42, berkata, kecederaan tersebut berpunca daripada pergaduhan kecil dengan kakaknya yang dikatakan telah memukul dengan penyangkut baju.

Menurut Ezad lagi, dia terkejut apabila melihat banyak darah di lantai rumah, akibat kecederaan di kepala Darwish.

“Doakan adik Darwish ya. Katanya kakak dia pukul pakai hanger. Adik-beradik ni selalu bergaduh.

“Memang berdarah banyak. Kami yang tengok pun rasa nak pitam. Darah penuh kat lantai,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Ezad, anak perempuannya, Puteri Rania Keisha, 8, telahpun meminta maaf dan mengakui tidak sengaja berbuat demikian terhadap adiknya.

“Kakak dia pun menangis minta maaf, kata tak sengaja pukul kuat. Kami akan bawa adik Darwish ke hospital Putrajaya. Katanya perlu jahit, semoga dipermudahkan,” katanya.

Bagaimanapun difahamkan selepas pemeriksaan dilakukan, kepala anak lelaki Ezad itu tidak perlu dijahit, sebaliknya hanya perlu membersihkan darah beku yang ada dan mendapatkan rawatan susulan.

Ezad mendirikan rumah tangga dengan isteri, Zeana Ramli pada 29 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca