Mengalami hipertensi, Zul Ariffin ditahan selama empat jam di hospital

ZUL ARIFFIN
ZUL ARIFFIN
A
A
A

PELAKON Zul Ariffin dimasukkan ke hospital selama empat jam disebabkan mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi pada petang Ahad.

Zul menerusi perkongsian di Instagram story miliknya turut memuat naik fotonya yang sedar terbaring di katil hospital dengan kapsyen, ‘rest jap’.

Difahamkan hero filem Sangkar itu berada di bawah pemantauan doktor selama empat jam, selepas mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut, sebelum dibenarkan pulang.

Bagaimanapun keadaan aktor berusia 35 tahun itu kini bertambah baik dan sedang berehat di rumah.

Dalam pada itu, Zul bakal menjalani penggambaran drama terbaharu lakonannya, Tarik Daku Ke Syurga untuk slot Samarinda TV3, minggu depan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca