Meninggal dunia di Bandung, Mujahit NowSeeHeart selamat dikebumikan

MUJAHID
MUJAHID
A
A
A

BEKAS anggota kumpulan nasyid NowSeeHeart, Mujahid Abd Wahab yang menghembuskan nafas terakhir di Bandung, Indonesia, jam 12.40 tengah hari (waktu tempatan), pada Jumaat selamat dikebumikan.

Difahamkan, jenazah Mujahid selamat disemadikan di Bandung pada petang Sabtu.

Bagaimanapun, sehingga kini, punca kematian arwah masih belum dapat dipastikan.

Terdahulu, Allahyarham Mujahid aktif bersama kumpulan nasyid NowSeeHeart sejak 1995. Bagaimanapun, arwah mengambil keputusan mengundurkan diri sekitar 2015.

Sebelum ini, arwah pernah bertugas sebagai Artis & Repertoire, Universal Music Malaysia dan menjadi pemilik Rumpun Records.

Namun, arwah berhijrah ke Bandung untuk mengusahakan kafe dan syarikat pengurusan, Botram Media yang menguruskan artis seperti Raffa Affar pada 2016.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca