Meninggal kerana komplikasi kegagalan organ, bukan Covid-19. Adik Azlan Typewriter tampil betulkan punca kematian bapa

A
A
A

KEHILANGAN orang tersayang adalah amat memeritkan. Perkara ini yang sedang dilalui penyanyi Azlan Typewriters yang baru sahaja kehilangan bapa semalam.

Azlan dalam kenyataannya kepada media sebelum ini memaklumkan yang bapanya meninggal dunia selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat Covid-19 dan proses pengurusan jenazah terpaksa dilakukan oleh pihak hospital.

Dalam perkembangan terbaru, adik Azlan yang dikenali sebagai Yaya Nadiah Sallehudin memperbetulkan fakta yang dikongsi abangnya.

Yaya di samping Allahyarham Sallehudin

Kata Yaya bapa mereka meninggal dunia kerana komplikasi yang berlaku selepas dijangkiti Covid-19. Ketika menghembuskan nafas terakhir, bapanya telah sembuh. Malah jenazah ayah dibenarkan untuk dibawa pulang untuk proses pengebumian.

Bapa mereka, Sallehudin Che Ani, 68, akhirnya menghembuskan nafas terakhir semalam kira-kira jam 4.25 petang semalam.

Video conference

Menurut Azlan bapanya telah tiga minggu bertarung nyawa melawan Covid-19. Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle Sallehudin memaklumkan bapanya meninggal dunia di Hospital Selayang dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Penyanyi berusia 39 tahun ini juga meluahkan perasaan sayu yang dialami lantaran hanya berpeluang melihat detik akhir pemergian bapa tersayang melalui video call.

“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada 4.25 petang Rabu. Perasaan saya jadi sayu bila saya tengok sendiri Allahyarham pelahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

“Pihak hospital memberi kebenaran kami ‘video conference’ dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video itu.

Azlan ketika itu memberitahu jenazah bapa tidak dapat diuruskan sendiri lantaran Covid-19 dan pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad.

Salah faham

Namun info yang disampaikan Azlan sebelum ini diperbetulkan  Yaya. Menurut Yaya, maklumat mengenai kematian bapa mereka yang disampaikan melalui abangnya kurang tepat akibat salah faham.

“Assalamualaikum semua. Ayah saya adalah Covid survivor. Arwah pergi bukan sebab Covid-19 tapi sebab komplikasi multiorgan failure.

“Maksudnya selepas Covid-19 dalam badan dah berlalu, badannya tidak dapat survive bernafas sendiri kerana saya memang dialisis, kidney failure (kegagalan buah pinggang) dan masalah paru-paru.

“Itu sebabnya jenazah boleh dibawa pulang. Jadi news berkenaan ayah saya melalui abang saya itu, salah faham. Sila betulkan. Al-Fatihah.

Dalam hantaran lain di Instagram, Nadiah juga turut berkongsi tentang keadaan jenazah bapanya sebelum dikebumikan.

“MasyaAllah. Jenazah ayah senyum. Berseri betul, lebih berseri daripada masa dia celik.

“Orang yang uruskan cakap, dia dah 20 tahun lebih uruskan, ini lah yang paling bersih. Allahuakbar. Subhanallah. Al-Fatihah Sallehudin Bin Ani.

Kata Yaya, ketika menciumnya jenazah bapa berbau wangi. Malah wajahnya berseri-seri. Seolah-olah sedang tidur.

Sinar Plus mengucapkan takziah buat Azlan dan keluarga atas kehilangan bapa tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber: Yaya Nadiah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca