SELEBRITI media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering menjadi perhatian ramai susulan bonding yang erat dengan anaknya, Rina, 2.

Sering berkongsi perkembangan Rina, baru-baru ini wanita berusia 31 tahun itu memuat naik video beliau sedang mengikuti kelas bersama jurulatih seni vokal, Shafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shafi.

Siapa sangka isteri kepada Ryzal Ibrahim itu memiliki suara yang merdu dan bakat dalam bidang nyanyian.

Menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, ibu muda itu tidak menyangka nyanyiannya telah menyentuh hati anak sulungnya.

“When I first started learning my vocal with @cikgushafi, my mission is to make people cry when listening and Rina seems to be the first person cried over my singing.

“Rina faham agaknya Bidadari Syurga tu,” titip Maryam di Instagram.

Mendengar lantunan vokal, si kecil itu kelihatan termangu pada piano sambil menangis. Ryzal yang turut berada di sana sempat merakam momen itu dan bertanya anak perempuannya tentang punca tangisan.

Baca juga: ‘Kelakar, mudah terhibur. Sebiji perangai mommy.’ Gelagat comel Rina ketawa sampai mata tertutup bikin ramai terhibur. Lucu!

Baca juga: ‘Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah.’ Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

Baca juga: Dari Seoul ke Kuala Lumpur : Ryzal teruja berpuasa dan berhari raya bersama Maryam di negara sendiri

Ramai menzahirkan rasa terkejut tidak menyangka graduan Diploma Terapi Fizikal, Universiti Cheongam Korea Selatan itu memiliki suara yang enak didengar.

Tidak kurang yang mengakui ikatan ibu dan anak yang erat membuatkan Rina mudah tersentuh.

– “Poweful strong voice Maryam, love you.”

– “Subhanallah…sedap suara Maryam

– “Maryam ada bakat nyanyian, merdunya suara.”

– “Perasaan pertama yang Maryam sentuh ialah Rina.”

– “Cutenya Rina, seolah-olah faham maksud lagu tu.”

– “Rina dengar cara Omma lantunkan vokal, suara Omma menjiwai bait lagu membuatkan dia sebak.”

Iklan

– “Some babies born with high empathy. My daughter masa umur Rina, dengar lagu sedih terus cebik menangis sayu.”

Baru-baru ini wanita berasal dari Korea Selatan itu pernah menjadi perhatian selepas berupaya menyampaikan lagu berjudul Cinta, nyanyian artis popular, Marsha Milan.

Baca juga: “Isteri saya masuk Islam, bukan masuk kaum…” Ryzal perjelas isu pantang Maryam

Baca juga: Rina mirip wajah mommy, Maryam Durian Kimchi pantang bersalin cara Melayu

Maryam dalam temu ramah dengan portal berita tempatan memaklumkan sedang berjinak-jinak dengan dunia nyanyian.

Iklan

Sementara itu, Ryzal berkata akan sentiasa memberi sokongan kepada isterinya untuk mencuba apa sahaja bidang yang diinginkan, asalkan tahu batas sebagai isteri dan wanita beragama Islam.

Untuk rekod, Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 dan memiliki saluran YouTube Durian Kimchi.

Mereka yang menetap Seoul sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020. Pada Oktober 2021 mereka menyambut kelahiran Rina.

Pasangan pempengaruh itu mengusahakan restoran makanan Korea bersama Ryzal iaitu K Garden di IOI City Mall Putrajaya sejak beberapa bulan lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!